February 26, 2011

Home Sweet Second Home & Social Media Dilemmas

Assalamualaikum wbt…

credit to tumblr

Don’t get me wrong, okay? Aku malas balik rumah sewa, bukan rumah sendiri. Sekarang aku macam kucing ni, huhuhuhu. Someone please help me!! Aku tak nak balik rumah sewa, nak duduk rumah je boleh? Nikmat dok rumah sendiri ni lebih dari tempat lain.

Satu hal nak balik naik moto. Okay memang aku setiap minggu rempit, tapi cara baik la, hehe. Tapi, hari Khamis baru ni masa aku sampai depan simpang rumah, aku nampak satu kereta ni. At that time aku macam, "Is it him? Because that’s the car he always drives when he’s home." But then, I don’t think so. Enough with that, sekarang ni orang semua pening tengok Profile Pic aku dekat FB.

Meh nak cerita sikit. Sebenaqnya aku letak gamba tu kira macam cabaran la. Yang boleh start tu sebab kawan aku, si Uzey ni, bising suruh aku letak gamba lain sebab time tu aku letak gamba hero Baby And Me. Alaa, cerita Korea tu, huhu. Ensem okeh, tapi diorang cakap tak!! Huh, marah ni. Then dia cakap better letak gamba dia. So, aku cakap la, "Okey fine, letak yg muka cacat punya." Tapi tak sampai hati la yea. Tak boleh lama ni, I’m going home now, I mean my second home.

February 21, 2011

Reflections on Friendship, Loss, and Life’s Unexpected Moments

Assalamualaikum wbt…

credit to tumblr

"Kenapa mata aku makin kabur sekarang?"
"Tapi sekurang-kurangnya kabur aku dapat membezakan mana kawan, mana lawan."

Hai guys :) Minggu ni agak mengejutkan semua. On the way nak balik dari rumah aku, boleh TERberangan jap sampai tak sedar kereta depan brek, terus emergency brek aku. Mula-mula cool je, tapi lepas tu menggeletar satu badan weh. Tskk, tskk T__T Sumpah lepas ni tak mau dah berangan-angan lagi.

Malam tu kawan kol cakap kawan aku accident. Tambah terkejut lah kan. Bila nak pergi hospital, dah tak boleh tengok, so decide esok je pergi. Tapi masa tengah sembang dengan kawan aku depan rumah, rupanya ada bapa sorang dari kawan aku meninggal petang tu. Innalillah~ Semua dalam satu hari.

Esok tu baru la pergi melawat kawan yang accident ni. Sebak rasa tengok dia, tapi cuba relax la, takkan nak nangis kan. Teruk! Tapi Alhamdulillah dia dah sihat. Hari ni pun dah boleh cakap banyak dari semalam. Takpe, ni dugaan Allah SWT bagi dekat dia.

Tapi kan aku sedih sangat. Semalam aku ternampak satu gambar ni… glups!! Dup dap, dup dap. Dah lama aku tak tengok muka tu. Tiba-tiba teringat la pulak. Adehh, parah je rasa padahal takde apa2 pun :'o Hope he's happy with his life now (although it shows through his face) T__T

To my friend, dah lupa ke nak cakap apa2 kat aku. Dulu bila aku lambat wish, tunggu pulak aku kol, sekarang dah tak hairan langsung. Takpe la, semua dah berubah sekarang kan. People change because their feelings change, it’s a fact. Just like the seasons…

February 18, 2011

Final Stop: Exploring Kerachut Beach & Monkey Beach

Assalamualaikum…

Hello… this is the last entry about Kerachut Beach. Sorry if you guys got annoyed by it, tapi tolong la cakap anda semua jeles, hehehehe. Okay, back to the topic. As requested by my sis, nah amik la gamba pantai. Hehehe, just kidding—ni pemandangan dekat sana. Ada yang dalam hutan, dekat pantai, dan masa naik bot. Hop3, sebelum lupa, takde line ek kat pantai tu.

Masa dekat sana, boleh la nampak view lain dari yang selalu kita tengok kalau pergi Batu Feringgi. Umpama pantai ni disebelah Penang yang lain. Faham tak? Aku pun tak faham apa aku cakap, my bad everyone. To my sis, sorry lah tak amik gamba pantai tu full. Banyak bergambar atas batu jea :)

OTW balik naik bot yang aku cakap orang tu berhentikan bot tunjuk something kat kami tu kan. Nak tau apa??

Dah teka? Apa benda tu kan? Nampak macam sperma je macam kita belajar dalam subjek Sains tu. Hey, I’m not trying to be culah, tapi serius macam tu kan? Guess what, itu la obor2 or jellyfish yang Spongebob suka tangkap tu. Tapi bila dalam kuantiti banyak, macam tu la rupanya. Orang tu siap amik satu bagi kami pegang. Nampak best sebab die kan lembik-lembik macam jelly, tapi aku tak pegang pun. Wait… bukan sebab takut, tapi geli la menatang lembik2 ni.

Orang tu cakap, obor2 ni banyak sebab arus. Like seriously banyak gile. Nak kaler apa? Pilih je, semua ada. Hahaha. Tau tak, sebab nak tengok obor2 ni secara close-up, berat sebelah bot tu. Kalo ada ombak time tu mau tumbang dah pas tu kena sengat dengan obor2, okay merepek. Agak-agak, ni kot tempat yang selalu Spongebob dengan Patrick datang tangkap jellyfish? Tehee.

Lepas tu bot gerak ke depan sikit, ada la batu ni rupa die macam rabbit. Ada la nampak, just kami terlepas sikit, sipi-sipi je la. Lepas dari batu cik arnab ni, ada pulak batu penyu. Yang ni clear sikit bentuk die. Depan sikit ada la buaya. Hehe, batu bentuk buaya siap dengan kaki lagi.

Lepas dari batu2 ni, jumpa la Monkey Beach. Dekat pantai ni baru boleh mandi. And you know what? Orang tu cakap Farid Kamil tengah shooting kat situ, that’s why ada polis marin. Kami tak pergi sini sebab track lain, kalau ada kesempatan datang sini pulak. Orang tu cakap track datang sini senang sikit dari ke Pantai Kerachut sebab track die macam pusing bukit je berbanding ke Kerachut kena panjat turun. Haa, kalau ikut track ni gak boleh la pergi rumah api. Ke depan sikit ada pusat penyelidikan marin USM. Betul tah, tapi USM la. And lastly, baru la sampai ke jeti Kampung Nelayan :)

Ending the Kerachut & Tasik Meromiktik Adventure

Assalamualaikum…

Bila dah mula mesti la ada pengakhiran die ye dak?? Penat lelah hiking, menikmati pemandangan Kerachut, rasa sikit air Tasik Meromiktik sampai pulak masa untuk balik. What can I say here is, “it was an amazing experience, you guys should try it once!”

Bot yang kami book tu datang dalam 3.40 cam tu lah. Siap ada bendera pirate gitu. Memang style habis la. Yang bawaknya muda lagi, kira senang la nak sembang. Tapi kan, kami pergi tunggu dekat jeti yang kat laut tu, padahal time tu dah ada bot parking situ. Aku ni punya la risau nak panjat dua bot, mau jatuh aku haa. Tapi orang tu tarikkan siap-siap bot bagi rapat, so no need to worry la.

Naik bot ni amik masa bapa lama aku tak tengok la, sebab berhenti-berhenti jugak nak tunjuk benda-benda yang ada sepanjang perjalanan naik bot ni. Kira worth la sebab dia bukan amik terus hantar balik, tapi siap cerita apa ada kat sini semua.

Akhirnya sampai jugak dekat jeti Taman Negara tu. Lepas turun dari bot, masing-masing pergi toilet nak mandi sebab semua bau lebih kurang sama je. Mashammm, huhuhu. Lepas mandi terus balik, singgah Perda pergi makan dan terus balik rumah. I love u’olls la :)

February 17, 2011

Part 4: Hiking Penang — Tasik Meromiktik & Pantai Kerachut Experience

Assalamualaikum…

Haiii, boring ke aku asyik update pasal trip aku ni?? Biar la, asal aku bahagia, kawan-kawan aku pun bahagia, dan kembo aku jeles. Teheee :P Suka tak suka, aku still nak cerita pasal ni. Nak cakap aku promote tempat ni pun cakap la — aku tak rugi apa-apa, lagi menambahkan rezeki orang-orang kat situ. Baik kan aku :)

Dah sampai sini, kami cari tempat nak duduk. Penat kot, dapat duduk tu pun kira lega teramat sangat. Haa, kalau nak tau, sini ada Tasik Meromiktik. Tak tau apa? Well, tasik ni hasil dari air laut yang dibawa oleh ombak besar pastu terkumpul kat tasik ni. Tasik ni ada 2 layer — bahagian atas air tasik ni sejuk, bawah pulak panas. Tapi kami tak bernasib baik sebab masa tu tasik kering. Dapat je rasa air dia, tapi tak feel sangat sebab cetek je.

Benda pertama yang kami buat lepas rehat kejap adalah MAKAN. Giler lapar, tak tipu okay. Yela, kami setakat alas perut dengan roti je sebelum start hiking. Masa makan, semua diam. Kejap je kami habiskan, rasa macam tak cukup je. Aku la, hahaha.

Kami baring kejap untuk hilangkan penat badan, lepas tu jalan-jalan kat situ. Kami panjat batu tinggi untuk tengok pemandangan dari situ. Subhanallah, cantik sangat. Siap baring-baring atas batu tu, nasib tak ukir nama je. Dah macam berjemur kat situ, burn gile tapi puas sebab penat lelah tak terasa sangat. Hari tu mendung sikit dan hujan rintik-rintik. Nasib baik sebab kejap je, sekadar lalu. Kat sini tak digalakkan mandi yea sebab pantai depan sikit dah curam plus obor-obor banyak. Nak kena dengan obor-obor boleh la.

Dekat sini ada pusat penetasan telur penyu, tapi tak pergi pun sebab dah tak larat. Lagipun, penyu keluar ke tengahari terik-terik ni? Ada la buaian disediakan untuk rehat-rehat. Fyi, boleh je tak book bot, dapat murah sikit, tapi takut bot takde masa tu. Kat sini banyak jugak kaki pancing datang, tapi aku tengok ikan todak je. Yang lain, obor-obor.



Part 3: Hiking Penang National Park — The Tough Trek to Pantai Kerachut

Assalamualaikum wbt…

Hi there, sorry for the late update — kinda exhausted. Had a workshop earlier, went straight to sleep after, and only got back from SP this evening. For my kembo, here it is cepat-cepat. ‘Pa wau lam wau nun’ betul, tak sabar-sabar nak baca kan? Ngeh3.

So, we started hiking around 11:20 am after reciting a doa together. Important tau baca doa masuk hutan, kang ada yang ikut balik. Wakakaka. Okay, serious. Just imagine how hot it was at that hour — blazing. But no choice, we were already late. Overall still okay. Quite a lot of people were hiking too, even families with small kids. At the start, everyone was full of energy, excited nak hiking. Sampai lupa stretching dulu, mau krem kaki baru ada akal.

The first track was fine since it’s a proper path, siap ada staff cleaning the area. Because early on, it’s still by the sea — you can see people swimming, fishing (yup, mengai = memancing). Along the way, we bumped into juniors (well, same age but different batch). They were just chilling by the beachside. Honestly, the early track was gorgeous — benches by the sea, swings under trees, breezy winds. Memang syok kalau duduk situ lama-lama.

Then we reached Sungai Tukun suspension bridge where there’s a junction. Right goes to Canopy Walk (which we picked), left goes straight to Pantai Kerachut. After the bridge, barulah adventure betul-betul start.

Once masuk hutan, dah tak nampak laut. Sunyi sikit, but don’t worry — still got old tracks to follow. That’s what makes it adventurous kan. At this point, it was only us 12. Voices still strong sebab belum penat. After about half an hour, sampai dekat Canopy Walk. Here, kena tunjuk tiket yang beli masa daftar tadi, and also register nama again with ticket number.

The Canopy Walk wasn’t too long, but still fun. Rule dia, kena jarakkan 5–10 meters before the next person boleh jalan. Luckily I was in the middle, sebab the boys at the back kept shaking the bridge 🙄. Tinggi jugak kalau tengok bawah, so kalau gayat better jangan pandang langsung. Took quite some time sebab nak tunggu each person cross one by one.

After that, kena register lagi sekali dekat buku log. Lepas turun, barulah trek jadi tough — non-stop panjat bukit. At one point, I was so exhausted sampai rasa nak jatuh sebab hilang balance. We pushed on for about 2 hours (including Canopy Walk detour). Kalau skip Canopy Walk, maybe 1.5 hours je.

We only rested once for about 10 minutes, then continued. This stretch was the killer — endless climbs, small rivers to cross, everyone breathing heavily. Aku pun sama, macam lembu tarik nafas kuat sangat. Tapi ada sorang, si Faiz, hyper gila tak penat-penat, asyik ambil gambar suruh orang senyum. Adehh, jem betul dia ni.

Reason this whole trip happened pun sebab si Una. Masa dalam kelas, Fiza tanya pasal Menara Condong Teluk Intan, then entah macam mana aku terfikir ajak hiking ni. Una memang dah lama nak pergi sini since our practical days. So finally, impian dia fulfilled. Next maybe kena fulfill Fiza pulak 😅.

We pushed on sebab bot yang kami booked datang pukul 3:30 pm. RM100 per boat (fits 10 people, tapi kami 12 so squeeze je). On the way, finally jumpa hikers lain — mostly on their way back sebab diorang datang pagi.

Dekat simpang to Pantai Kerachut, barulah rehat lama sikit. Masa ni jumpa satu Arab family, siap anak kecil dia terpisah kejap. Cuak kawan aku tengok budak kecik tu sorang-sorang dalam hutan. Nasib jumpa balik ayah dia. Faiz sempat snap gambar lagi.

From here, semangat datang balik sebab dah boleh bau laut (poyo lebih 🤭). Banyak turun bukit pulak lepas tu, sampai kaki sakit hentak tanah. Finally, nampak signboard Pantai Kerachut — 5 minutes away. Tapi sumpah rasa macam 5 jam nak sampai. Semua lapar gila dah.

And after almost 2 hours plus of tough hiking, finally… we made it safely to Pantai Kerachut.

Part 2: Exploring Penang National Park and Canopy Walk

Assalamualaikum wbt…

Entry ni kesinambungan dari yang lepas (oemmjayy, kenapa aku cakap macam ni 😅). Okay okay, serious now. Sampai je Penang terus gerak ke Taman Negara Pulau Pinang. Honestly, sorang pun tak pernah sampai situ. Paling jauh kami pernah pergi pun Taman Rimba, lepas sikit dari Butterfly Farm. So malam tu gigih la cari kat Google Maps. Nampak senang je, and bila dah lalu memang betul senang — cuma ambil masa sikit sebab jalan dia bengkang-bengkok.

Actually, Taman Negara ni dekat Teluk Bahang, lebih tepat lagi kat Kampung Nelayan. Time sampai tu tak perasan pun sebab jalan agak sesak and pejabat Taman Negara tu betul-betul dekat hujung laut, kira-kira jeti nelayan la. Cantik gila tempat tu kalau betul-betul tengok. But… haa ada but. Parking memang susah sebab tempat limited, tambah pulak kawasan perumahan. Tapi still ada je parking, cuma agak jauh dari pejabat tu.

Dah jumpa pejabat, masuk la untuk daftar. Owh, sebelum mula hiking semua kena register nama dekat kaunter penerangan — tujuan keselamatan, just in case apa-apa jadi. Masa tunggu tu, ada yang tukar baju, ada yang ubah kereta, yang lain pulak enjoy je view laut. Bila semua ready, baru la pergi daftar.

Kami pilih trek yang lalu Canopy Walk. Alang-alang dah sampai, rugi kalau tak try kan? Trek tu tambah lebih kurang 20 minit. Lepas daftar, terus booking bot untuk balik sebab confirm semua penat nanti. Haa sebelum lupa, nak naik Canopy Walk kena beli tiket RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak).

Okay now the journey begins… best of luck u’olls!

February 16, 2011

Teaser: Hiking Trip Begins with Ferry Rides and Friends

Assalamualaikum wbt…

Tak tahu nak mula dari mana, so aku buat la entry ala-ala teaser dulu sebelum start cerita penuh trip ni. Ngeh3, bajet hot la, choii. Well, macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni, aku nak pergi hiking — and yes, aku dah tunaikan. Nak tau macam mana? Kena la baca, banyak sangat nak cerita. But honestly, it was an amazing experience for me.

Perjalanan kami bermula pukul 8.30 pagi, lambat sikit dari plan asal. Mula-mula trip ni cuma nak pergi 5 orang je, tapi bila ajak-ajak yang lain jadi la 12 orang. Semua berkumpul dekat rumah sewa aku around 7.30 pagi. Campur tolak tunggu orang, isi minyak, ambil duit kat ATM — tu yang drag masa.

Kami konvoi 3 buah kereta, and setiap kereta siap sediakan roti as breakfast konon. Disebabkan hari tu Penang tak cuti, tak risau sangat pasal jem. Ferry pun kosong je. Yes, kami naik ferry sebab dekat sikit nak ke Feringgi.

Sampai je dekat jeti ferry, kereta tak banyak. Tapi still kena tunggu line penuh and ferry sampai dulu, baru boleh naik. Dalam 15 minit jugak la tunggu. Masa tu baru la aku dapat makan roti sebab sebelum tu diorang tak bagi aku makan walaupun aku lapar gila. Kejam!

Masuk je ferry, apa lagi — turun kereta, terus la sesi bergambar sikit-sikit sambil menikmati angin laut pagi-pagi yang sepoi-sepoi bahasa. Hehehe.

p/s: Sampai sini dulu, banyak sangat nak sumbat dalam satu entry. Semuanya best. Stay tuned.

February 13, 2011

11 Years: Missing the Old Us

Assalamualaikum wbt...

from Tumblr

Hari ni tiba-tiba teringat seorang kawan aku. We’ve known each other for about eleven or twelve years, I think — since Standard Three, to be exact. At first, when he came, I kinda hated him. I don’t know why, I just didn’t like the way he was back then. But later, we grew closer and closer. I found out he was actually very humble and funny — easy to talk to because his responses were always the best. We stayed close through primary school. Did we ever fight? Of course. Who never fights with friends? Sometimes those fights even made our bond stronger. Ye dak? hehe

We stayed at the same school until Form One, but in different classes. Then he moved to another school, and after that we lost contact — except maybe during school holidays. I started feeling shy (hormones, maybe). In Form Four we reconnected because I finally had a phone, huhu. So we became close again.

But people change. We’re not as close as before; sometimes it feels like we’re strangers. I miss the old us — those silly conversations, the good-night messages, the teasing, the prank calls. I miss them all, especially you. Why can’t we be like before? You’re changing now, not like the person I used to know. I’m really disappointed. Everyone says similar things — is it necessary to become like that? Honestly, I liked the old you more because you were amazing just the way you were.

p/s: orang tu online tadi. Damn.

February 07, 2011

Holiday Trips, Family Memories, and A Birthday Bash

Assalamualaikum wbt…

Wah, kenapa la malas sangat nak update blog ni, padahal macam banyak jugak cerita. Hehe, poyo je kan. Well, masa cuti ni selain keluar dengan kawan-kawan (sampai fon hilang, sedih weii), aku sempat pergi KL 3 hari masa mula cuti tu. Konon nak jalan-jalan la, tapi kembo aku pulak demam. Punah angan-angan. Akhirnya duduk rumah kawan je. Pergi Sunway cuci mata sikit, pastu balik.

Nak dijadikan cerita, bas yang kami naik tu laju gila. Berhenti kejap sebelum Juru, tetiba tinggal dua orang budak tak naik. Tak tau apa jadi dengan diorang. Semua dalam bas terus senyap. Masa on the way balik pulak, Uzey dah mesej ajak keluar. Adehh… memang tak lah, sebab penat. Padahal aku nak tidur je, kikiki. Tapi esok tu keluar jugak, walaupun bukan plan asal dengan dia—tetiba je boleh join sekaki.

Hari Khamis semua dah balik rumah sebab nak buat kenduri tahlil dekat masjid untuk arwah abah. Sedar tak sedar dah hampir setahun abah pergi. Mak buat mee kari, hantar sana. Esoknya lepas Jumaat kami pergi Sedim. Hoyeahh! Tau tak Tree Top Walk? Kat situ lah. Best gila sebab air dia bersih sangat, cuma arus kuat betul.

Balik dari Sedim, kami singgah beli barang untuk esoknya sebab nak buat birthday party untuk anak-anak sedara. Biasa-biasa je tapi tetap kecoh, especially masa cari hadiah. Aku, kembo, dengan akak aku Deana siap berebut nak beli hadiah apa. Motif tak menarik langsung, haha.

Kawan aku tak ramai datang—Min and Dayah je, Afiq tak datang sebab ada hal. Tapi tak rugi sangat sebab kek 3 biji tu habis licin. Masa sesi hadiah paling lawak sebab kembo aku balut dengan paper tebal-tebal sampai budak-budak fed up nak buka. Tapi still kecoh sebab hadiah tak sama. Nasib baik hadiah aku sama, tapi Widad buang badak pink aku. Huaaa… sedih.

p/s: Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi ni je yang mampu tulis. Esok ada kelas. Tak nakkk.

Between Peaks and Pain: My Journey 2016–2019

Assalamualaikum wbt, Hi! I was supposed to update this yesterday after work, but I ended up spending time with my cats. So… here we go. Look...