Kerachut Trip: Tasik Meromiktik & Fun Times
Assalamualaikum wbt,
Hi!
Haiii, boring ke aku asyik update pasal trip aku ni? Biar la, asal aku bahagia, kawan-kawan aku pun happy, dan kembo aku jeles. Teheee :P Suka atau tak suka, aku still nak cerita pasal ni. Nak kata aku promote tempat ni pun cakap la — aku tak rugi apa-apa, lagi menambahkan rezeki orang-orang kat situ. Baik kan aku?
Dah sampai sini, kami cari tempat nak duduk. Penat kot, dapat duduk pun kira lega teramat sangat. Haa, kalau nak tau, sini ada Tasik Meromiktik. Tak tau apa? Well, tasik ni hasil air laut yang dibawa oleh ombak besar pastu terkumpul kat tasik ni. Tasik ni ada dua layer — bahagian atas air sejuk, bawah pulak panas. Tapi nasib tak menyebelahi kami sebab masa tu tasik kering. Dapat je rasa air dia, tapi tak feel sangat sebab cetek je.
Benda pertama yang kami buat lepas rehat kejap adalah MAKAN. Giler lapar, tak tipu okay. Yela, kami setakat alas perut dengan roti je sebelum start hiking. Masa makan, semua diam. Kejap je habis, rasa macam tak cukup je. Aku la, hahaha.
Kami baring kejap untuk hilangkan penat badan, lepas tu jalan-jalan kat situ. Panjat batu tinggi untuk tengok pemandangan dari atas. Subhanallah, cantik sangat. Siap baring-baring atas batu tu, nasib tak ukir nama je. Dah macam berjemur kat situ, burn gile tapi puas sebab penat lelah tak terasa sangat. Hari tu mendung sikit dan hujan rintik-rintik, nasib baik cuma lalu je. Kat sini tak digalakkan mandi, sebab pantai depan tu curam dan banyak obor-obor.
Dekat sini ada pusat penetasan telur penyu, tapi kami tak pergi pun sebab dah tak larat. Lagipun, penyu keluar tengahari terik-terik ni? Ada la buaian disediakan untuk rehat-rehat. Fyi, boleh je tak book bot, dapat murah sikit, tapi takut bot takde masa tu. Kat sini banyak jugak kaki pancing datang, tapi aku tengok ikan todak je. Yang lain, obor-obor.