Assalamualaikum wbt…
Wah, kenapa la malas sangat nak update blog ni, padahal macam banyak jugak cerita. Hehe, poyo je kan. Well, masa cuti ni selain keluar dengan kawan-kawan (sampai fon hilang, sedih weii), aku sempat pergi KL 3 hari masa mula cuti tu. Konon nak jalan-jalan la, tapi kembo aku pulak demam. Punah angan-angan. Akhirnya duduk rumah kawan je. Pergi Sunway cuci mata sikit, pastu balik.
Nak dijadikan cerita, bas yang kami naik tu laju gila. Berhenti kejap sebelum Juru, tetiba tinggal dua orang budak tak naik. Tak tau apa jadi dengan diorang. Semua dalam bas terus senyap. Masa on the way balik pulak, Uzey dah mesej ajak keluar. Adehh… memang tak lah, sebab penat. Padahal aku nak tidur je, kikiki. Tapi esok tu keluar jugak, walaupun bukan plan asal dengan dia—tetiba je boleh join sekaki.
Hari Khamis semua dah balik rumah sebab nak buat kenduri tahlil dekat masjid untuk arwah abah. Sedar tak sedar dah hampir setahun abah pergi. Mak buat mee kari, hantar sana. Esoknya lepas Jumaat kami pergi Sedim. Hoyeahh! Tau tak Tree Top Walk? Kat situ lah. Best gila sebab air dia bersih sangat, cuma arus kuat betul.
Balik dari Sedim, kami singgah beli barang untuk esoknya sebab nak buat birthday party untuk anak-anak sedara. Biasa-biasa je tapi tetap kecoh, especially masa cari hadiah. Aku, kembo, dengan akak aku Deana siap berebut nak beli hadiah apa. Motif tak menarik langsung, haha.
Kawan aku tak ramai datang—Min and Dayah je, Afiq tak datang sebab ada hal. Tapi tak rugi sangat sebab kek 3 biji tu habis licin. Masa sesi hadiah paling lawak sebab kembo aku balut dengan paper tebal-tebal sampai budak-budak fed up nak buka. Tapi still kecoh sebab hadiah tak sama. Nasib baik hadiah aku sama, tapi Widad buang badak pink aku. Huaaa… sedih.
p/s: Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi ni je yang mampu tulis. Esok ada kelas. Tak nakkk.