Aku Bukan Kau, Zainuddin

Zainuddin.

Marah dan sedih aku ketika dulu membaca kisah kau —
ketika jiwa aku masih tiada berat antara kau dan Hayati.

Tapi sekarang, marah aku lebih kepada Hayati,
dan sedih aku buat kau.
Kerana aku juga pernah rasa sakit ditinggalkan.

Ditinggalkan.

Tapi Zainuddin, bezanya kita —
aku jauh tercampak tanpa sedikit pun rasa belas darinya.
Kau pula…
dia datang, tapi engkau lebihkan dendam walaupun dirayu.
Yang akhirnya,
kau ditinggalkan selamanya.

Cinta dan dendam.

Aku masih pilih cinta.
Kerana aku tahu sakitnya terluka.
Benci dan sakit ini kubiar padam,
supaya aku sentiasa tenteram.

Aku bukan kau, Zainuddin,
walau kita sama-sama ditinggalkan.

Popular posts from this blog

Kerachut Trip: Tasik Meromiktik & Fun Times