Belajar Lepas
Assalamualaikum wbt,
Hi!
Sejak dua menjak ni, aku rasa susah sangat nak move on. Perasaan tu—bila nak lepaskan sesuatu, tapi proses loading dia lambat sangat sebelum aku boleh ke langkah seterusnya.
Aku fikir banyak kali, kenapa?
Kadang aku salahkan orang lain atas keadaan aku yang rasa tak boleh bergerak. Macam tangan yang diikat—terpaksa hadap benda yang aku dah tak nak ambil tahu.
Tapi tadi, yang paling buat aku rasa... aku dah buang masa.
Sangat-sangat buang masa.
Aku semak balik, niat aku ni ikhlas ke tidak?
Aku tak nak masalah ni jadi beban untuk orang lain. Aku nak dua-dua pihak dapat keuntungan masing-masing.
Lepas bangun dari power nap tadi, aku tiba-tiba dapat satu idea.
Padam—
Aku patut padam. Delete semua sejarah, cache, cookies — semua yang melembapkan proses kerja dan kehidupan aku.
Ya, itu saja caranya.
Aku tak perlu merungut lagi. Tak perlu bersungut.
Niat aku cuma satu — nak lupa, nak move forward, nak teruskan hidup dan kerja dengan lebih lancar dan tenang.
"pada titik ini aku tidak ada apa lagi
mahu katakan
semoga diam dan tangis dalam hati
mampu sembuhkan"- seksi ovari -