Dia Antara Pelajaran
Assalamualaikum wbt,
Hi!
Dah kali ke berapa aku taip salam ni pun aku tak tau. Tiap kali nak karang cerita, mesti lupa… atau rasa macam tak penting. Hurm.
Lama sangat tak blogging. Rindu pulak zaman awal-awal dulu. Tapi semua tu dulu. Susah bila asyik fikir pasal dulu.
‘Dulu’
Macam-macam boleh difikir bila sebut dulu. Sebab apa? Sebab semua yang dulu tu dah lepas. Senang nak cakap pasal benda yang dah jadi, sebab ia memang dah berlaku. Tapi masalah bila jadi orang yang terlalu insecure dengan diri sendiri ni — semua benda rasa salah, rasa kurang.
Setiap orang ada fasa dalam hidup. Macam roda, kadang kat atas, kadang kat bawah. Bila kat bawah, kadang-kadang kita akan “langgar taik” yang menambahkan masalah dalam hidup (metafora je ni 😅). Tapi betul lah, semua orang pernah rasa benda ni. Tipu kalau ada yang cakap hidup dia tak pernah ada masalah. That’s not life, man. Life is a lesson you’ll learn.
Aku ni sebenarnya bukan jenis yang senang berkawan dengan orang. Kawan pun terhad — dari sekolah rendah, menengah, sampai poli pun dah makin kurang bercampur. Masuk universiti lagi lah. Orang pun macam takut nak tegur aku. Kadang aku sendiri yang low profile. Mungkin sebab aku orang utara, haha hurmm…
Tapi aku syukur sangat sebab Allah bagi kawan-kawan yang supportive. Sangat. Aku ni jenis tak percaya diri sendiri, tak percaya kemampuan sendiri. Tapi kawan-kawan selalu kata aku boleh. Sampai satu hari aku tersedar — ramai percaya aku, tapi kenapa aku sendiri susah nak percaya diri? Soalan tu… memang susah nak jawab.
Kawan yang Jadi Asing
To build a relationship sebenarnya senang je. Kalau serasi, memang jalan. Tapi pernah tak, kawan — and at the end, back to stranger?
Aku dah banyak kali. Tapi yang kali ni… paling aku terasa. Tak tau kenapa. Patutnya aku dah boleh cakap “I’m used to it.” Tapi kali ni lain. Susah betul nak lepaskan. Bila aku cuba lari, rasa makin tak boleh. Orang cakap jangan lari, hadap. Tapi tiap kali aku hadap, aku yang frust lebih.
Mungkin sebab unexpected. Kata orang, bila benda tak dijangka, rasa dia lain. Betul lah tu. Lain sangat sampai boleh buat menonggeng. Dengan dia, aku tak perlu pura-pura. Aku boleh jadi diri sendiri. Aku akui, mula-mula tu rasa malu sikit dengan dia. Aku lagi rapat dengan orang lain. Tapi entah macam mana, kami mula rapat — sikit demi sikit aku kenal dia. Padahal sebelum ni tak pernah perasan langsung.
Kimia?
Nak kata ada chemistry? Tak jugak. Tapi dia buat aku rasa boleh bergantung pada dia. Dia buat aku rasa lain. Lagi rapat sebab dia layan gila aku — gila aku yang aku tak tunjuk pada orang lain. Dengan dia, aku boleh marah-marah. Tapi bila jumpa depan-depan, semua tu hilang. Adoi, boleh buat gaduh ni 😅
Bila semua hilang, aku rasa lost sekejap. Tapi sekejap je la. Aku masih boleh teruskan hidup. Cuma… bila jumpa dia, kami jarang bercakap depan orang lain. Tak tau kenapa. Kadang aku rasa bodoh — bodoh sebab mengharap. Dan ya, aku memang mengharap. Bila dia cakap dengan aku pun, aku jadi menyampah dengan diri sendiri. Pahit, tapi aku sedar satu perkara — hati ni Allah yang pegang.
Rasa cinta, suka — semua Dia yang bagi. Rasa benci datang dari diri sendiri. Aku tak benci dia. Sungguh.
Sekarang aku cuma doa tiap hari semoga dia bahagia. Itu je. Aku doa juga supaya hati aku terjaga, tak melebihi batas. Allah tu yang membolak-balikkan hati, jadi aku doa semoga hati ni tetap.
Punca hidup tak menentu selalunya datang dari hati. Jangan benci orang yang buat kita kecewa, sebab kadang dia antara pelajaran terbesar untuk ajar kita tentang sabar dan redha.
Senang aku cakap — aku nak move on.
Aku dah penat.