Family Always Feels Like Home

Assalamualaikum wbt,

Hi!

Mood tengah best sekarang sebab baru siap satu report yang mula-mulanya tak reti nak buat tu. Serius, report ni semua boleh buat orang menangis. 

Aisyah... Aisyah... screw people, do your own work, don’t get attached, don’t trust people easily—blablabla. Whatever it is, enough is enough. I’ll take this as a challenge. Bila hati senang, hidup pun rasa happy sentiasa.

Tu kisah study. Kisah lain pun banyak je jadi. Tapi kalau tanya apa yang selalu buat aku gembira, jawapannya tetap family. The only thing that makes my life feel complete. Syukur sangat dikurniakan keluarga yang besar dan orang-orang yang selalu ambil berat tentang aku. Hidup mungkin tak semewah orang lain, tapi cukuplah aku cakap yang aku mewah dengan kasih sayang.

Bila hidup ditimpa pelbagai masalah, aku akan teringat pada mereka—and somehow everything feels fine again. Thanks, Allah, for this blessing, for giving me these precious people in my life.

Disebabkan keluarga besar, bila berkembang lagi bertambah besar la kan? Baru-baru ni (tak baru sangat pun), aku dapat sorang lagi kakak ipar. The last one la, sebab abang pun ada tiga orang je. Simple but meaningful. Oh, aku skip kelas hari Isnin tu, haha. Nasib baik satu kelas cancel dan satu lagi... takpe lah.

Sungai Layar, Sungai Petani

Disebabkan aku sampai pagi sebelum abang nikah, semua baju isi rumah aku yang kena iron. Itulah kerja tetap bila balik ramai-ramai. Tapi aku suka, honestly. Kadang-kadang terfikir jugak—macam mana la kalau masuk family yang kecik, mesti mati kutu. Huhu.

Hari tu aku berbaju hijau masa pergi rumah pengantin perempuan. Luckily, my brother married someone yang rumah dekat je, huhu. Nak jugak! Gambar satu family semua ada dengan OP (official photographer) dia, so yang aku ada pun tak banyak sebab semua tengah sibuk makan. Lepas tu dah busy rewang. Aku pun tak tau sangat apa rewang tu sebenarnya, hahaha. Tapi biasalah kenduri kampung—masak ramai-ramai, gotong-royong. Muhibah katanya. Aku orang kampung, biasa la kan?

Malam tu barulah kami prepare mana yang belum siap, and once again aku ambil tender iron baju. Bertambah-tambah pulak tu. Nasib baik la yang lelaki semua pakai t-shirt je sebab nak buat kerja. Kitorang perempuan memang over sikit, hehe. Malam tu semua tidur berterabur dalam rumah, dah tak ketahuan mana kepala mana kaki. Nasib baik semua jenis tak kisah, walaupun ada jugak yang tak balik.

I only smile like this whenever I’m truly happy—and I have to admit, I’m not happy here. Here in Shah Alam, banyak kisah disebaliknya. But no one would care to know. Everyone’s just busy with their own lives. Well, at least I know I belong somewhere. Meuhuhu.

Hurmm... gotta sleep. Kelas tengahari esok. Then, off to Manjung. I just love Perak! :D

Popular posts from this blog

Kerachut Trip: Tasik Meromiktik & Fun Times