Cuti Mid-Term dan Cameron Highlands
Assalamualaikum wbt,
Hi!
Lama rasa tak cerita something, asyik-asyik luahan hati je, macam terlebih emosional. Perlu la emo kan — bukan kita sentiasa happy.
Hujung bulan lepas aku mid-term break. Nak kata best sangat tu biasa-biasa je. Sebab utama mestilah pasal test before cuti tu, grrr susah babe. Nak kata tak study, memang lagi rajin la dari poli dulu. Kawan dengar macam tak percaya, tapi entah la — self-esteem jatuh gila bila mula compare diri dengan orang lain. Err, dah mula mengarut ni, okay2.
Nak dijadikan cerita, first time ever balik naik bas sorang-sorang, bas pulak rosak. Menyirap je, tapi Alhamdulillah ada bas lain yang boleh tumpangkan, jadi selamat sampai SP. Dah habis cuti, ingat nak balik hari Sabtu je. Then, one of my nephews yang study sini ajak balik sekali. Dia balik Jumaat, aku pun berat hati, tapi at the end balik jugak dengan dia.
Yang bestnya, aku balik Pandan Indah sebab esok tu ikut my sis jalan-jalan ke Cameron. Hoyeahh!!
Walaupun dengan kawan-kawan dia, still best and agak sejuk masa tu. Maybe sebab hujan sama. Saddest part, bukan musim strawberry, grr. Tapi kalau boleh tinggal situ kan best — sejuk, dapat sayur yang paling aku suka, salad segar bugar. Ubi manis pun banyak. Memang jadi vegetarian la kalau aku warga Cameron Highland. Tanam bunga pun naik cantik, wah3.
Aku beli pokok, tapi not cactus. Cactus aku bagi akak aku je, tapi tengok dia tak jaga pun. Aku beli pokok biasa, tapi satu dah mati, tsktsk. Sedih gila sebab pokok tu my favourite. Conclusion: jangan la nak ada favourite sebab benda tu akan kecewakan kita, hehe.
Aku harap dapat datang sini dengan kawan-kawan pulak. InsyaAllah.