Rahsia Hati

Susah untuk puaskan hati semua pihak,
apatah lagi menjaga hati mereka.

Namun Allah itu Maha Adil,
kerana diri ini juga tak mampu puaskan hati semua pihak
dan tak dapat pula menjaga hati mereka.

Jadi, mengapa harus bermurung,
jikalau diri sendiri tidak mampu melakukan semua itu?

Betul kata orang, perihal hati susah untuk dibicara,
kerana hati mempunyai seribu satu rahsia.

Satu ku pinta:
Semoga hati ini sentiasa terbuka menerima ketidaksempurnaan manusia,
kerana aku juga seperti mereka.

Popular posts from this blog

Kerachut Trip: Tasik Meromiktik & Fun Times