Assalamualaikum wbt…
Dua tahun berlalu. Lelaki yang paling aku sayang dalam hidup pergi meninggalkan aku—lelaki yang selama ini menjadi pendorong walaupun rasa berat sangat nak tunaikan apa yang dia minta. Lelaki yang sangat penyayang, kelakar cuma bila dengan yang tersayang, pengkritik segala hal tapi mampu buatkan hati ini tersenyum dengan kenangan-kenangan yang dia tinggalkan.
Abah, you are my only abah, there's no one other than you. Sorry for all the bad things I've done to you. May you rest in peace bersama-sama orang yang beriman. Amin.
Namun hari ini, tiba-tiba dapat berita bapa saudara yang selalu dijadikan panduan keluarga meninggalkan kami secara mengejut. Terdiam bila tahu, dan tarikhnya 2 tahun selepas abah pergi. Walaupun sedih, tapi apakan daya. Allah itu Maha Penyayang. DIA lebih sayangkan insan yang aku sayang. Begitu besar sayang dariNYA berbanding kita hambaNYA ini.
Semoga roh kedua-dua lelaki kesayangan keluarga ini dirahmati Allah swt dan dicucuri rahmat ke atasnya. Amin.