Reading, Learning, and Finding Myself Again


Assalamualaikum wbt,

Hi!

Hari-hari duduk rumah terasa macam otak dah beku. Semua yang dah belajar dulu mula hilang, rasa lost dalam kepala sendiri. Lepas tu datang rasa rendah diri, rasa loser, kenapa lembap sangat. Semua benda negatif datang.

Aku cuba motivasi diri, tanam azam nak banyak tengok berita, banyak membaca, tapi semuanya azam je la. Aku suka membaca, tapi suka jugak nak skip bila tengah baca tu. Macam mana nak isi ilmu?

Satu lagi, bahan bacaan pun sama je. Aku suka baca fakta, kajian, atau true story. Tapi nak cari yang betul-betul kena dengan taste susah sangat. So tadi, aku keluar pergi farmasi, lepas tu kedai buku. Belek punya belek, jumpa Reader’s Digest. Aku fikir, kenapa la selama ni aku lupa buku ni. Dah lama sangat tak baca. Ingat lagi dulu awah abah selalu beli. Lepas dia stop beli, aku pun dah tak baca. Teruk kan? Kena orang sua baru nak ambik semula.

Nak beli buku mahal sangat. Well, untuk orang macam aku yang dapat duit poket je memang tak cukup. Lain la kalau aku bergaji, dah lama aku cari buku yang aku nak baca. Banyak dalam list, tapi harga tu aku tak mampu lagi. Selalunya aku baca blog, atau parts dari buku-buku dekat Tumblr. At least baca jugak kan. Most of the time, aku baca quotes je, sebab simple dan pendek. Tak payah la beli majalah bukan-bukan lagi, good job Aisyah!

Tahun ni, for the first time, aku buat wishlist. Aku fikir jugak nak buat ke tak, tapi end up buat jugak. Just a simple one. Aku rasa semua benda senang je, tapi kena tengok keazaman diri jugak. Setakat tulis nak buat apa memang boleh, tapi nak fulfill tu depends dengan diri sendiri. Ada 10, tapi ada jugak yang akan aku bawa ke tahun depan. Kalau dapat penuhi semua, Alhamdulillah; kalau tak, cuba lagi. Ye dak?

"There’s nothing wrong with reading a book you love over and over. When you do, the words get inside you, become a part of you in a way that words in a book you’ve read only once can’t."
Gail Carron Levine

Well, I think this is true. Bukti kukuh? Aku la. Disebabkan tak mampu nak beli buku selalu, aku baca buku yang sama banyak kali. Selalunya masa boring, sampai kadang-kadang dah tau apa yang jadi dalam bab tu. Dialog watak pun aku ingat, tambah-tambah part yang aku suka. Time sekolah dulu, teacher pernah bagi hadiah satu buku. Mula-mula tak nak baca, tapi bila try baca best pulak. Lepas tu kalau pergi kedai buku, aku cari buku penulis tu dulu. Tapi tengok je la sebab lari bajet, so beli yang murah je.

Apa-apa pun, tahun ni banyak benda yang akan berlaku dalam family aku. Harap semua berjalan lancar. Amin~

Popular posts from this blog