Assalamualaikum…
It’s been a while since I updated this blog. Nak buat macam mana, hari tu “patah tangan kejap” sebab takde laptop. (Ada ke istilah tu? Patah kaki tau la 😅)
Rabu lepas pergi Batu Gajah, just nak singgah rumah kawan lepas beberapa tahun tak jumpa. Kebetulan mak tido rumah makcik, so ambik peluang lah kan. Cadang nak balik Jumaat tu, tapi mak dia suruh stay sampai Sabtu sebab birthday adik dia. Nasib baik la mak bagi dalam tak bagi, keh3, sebab adik dia tu mak pernah asuh masa dia tinggal dekat Kedah dulu.
Perjalanan naik ETS senang giler, kalau tak memang malas nak pergi, hehe. Lama giler tak jumpa makcik ni, selama ni hanya Skype je jadi penghubung. Sampai sana, dia amik, rasa macam mak datang amik anak balik bercuti je, hahaha. Lepas tu terus pergi JJ sebab lapar. Sebentar je, then beli barang. Selalunya orang shopping baju, beg, kasut, tapi kami shopping makanan—banyak giler, dengan sushi, kek, burger.
Esoknya bawak kawan dia pergi hospital sebab kena sengat tebuan, lawak giler. Nasib baik kawan-kawan dia peramah teramat, senang la nak masuk. Tapi still aku x cakap banyak sangat, malu sikit, hehe. Satu malam tu tido ramai-ramai kat rumah dia, sembang sampai pukul berapa pagi. Tapi aku sempat habis dua novel masa dekat rumah dia, gile laju! Sebab novel tu sequel, kena habiskan jugak. Kesian dia, macam penat je masa aku datang, huhu. Nasib baik aku balik awal, cepat je—terima kasih! haha
Until we meet again ;)
p/s: Best lah duk rumah dia, makan best-best! 😋