December 07, 2010

Kelas Awal, Salah Dengar & Cerita I-City

Assalamualaikum wbt…

Hari ni aku pergi kelas awal. Boleh la. Kelas mesin, best jugak. Masa dalam kelas, aku baca tulisan atas meja—ala, contengan tu. Atas meja sebelah tertulis Diploma Teknologi Mekanikal Pembuatan. Tapi entah macam mana aku boleh terbaca Diploma Teknologi Makanan Pembuatan. Kawan aku gelak gila kot. Tah apa-apa.

Lepas tu lecturer bagi overview topik yang kena belajar, siap tunjuk formula. Ada satu perkataan dia sebut amplitude, tapi aku dengar macam F gendut. Okay sila gelak. Aku pun tak tau la kenapa pekak sangat hari ni. Atau terlebih excited masuk kelas? Hmm, tah la. Dah la dalam kelas ada sorang tu asyik panggil-panggil, nak kutuk aku depan-depan agaknya.

Habis kelas mesin, ada Material Strength. Tunggu punya tunggu, rupanya takde kelas. Hoyeah! Kami pun terus pergi makan tengah hari sementara tunggu kelas seterusnya. Masa makan takde benda best pun, cuma jumpa Ana. Bounce tak habis-habis. Hehe.

Masuk je kelas Math—deh! Tamparan hebat bila tengok topik dia. (Wondering how he got 4 flat for this subject.) Lepas tu kelas petang, Termodinamik. Banyak basic aku dah lupa kot. Kena refresh balik la. Huhu.

Okay, cukup la cerita kelas. Fyi, tadi kembo aku mesej: “Adik, kami nak pergi i-City malam ni.” Huaaa, sampai hati kan. Aku kat sini tak pergi mana-mana pun. Tapi bila fikir dia bawak mak sekali, okay la—kurang sikit sakit hati tu. Dia siap cakap tak sabar nak upload gambar nanti. Hamboih! Mentang-mentang aku bagi fon aku, suka hati la nak ambik gambar banyak-banyak. Takpe, kita tunggu dan lihat ye.

Yang anak sedara aku si cicak tu pulak—tah angin apa boleh buat entry pasal aku. Siap dengan gambar aku masa sem 1 dulu. Muka tak boleh blah betul time tu. Musykil gila dia dapat dari mana. Tau la aku ni comel. Dah la, selamat malam. Tidurlah sayangku.

Between Peaks and Pain: My Journey 2016–2019

Assalamualaikum wbt, Hi! I was supposed to update this yesterday after work, but I ended up spending time with my cats. So… here we go. Look...