January 30, 2012

Penang Trip: Kenduri, Taman Rama-Rama & Batu Feringghi

Assalamualaikum wbt…

Lama tak menaip. Selalu je tekan new post, at the end tutup balik. Mood swing yang macam nak penampar je. I'm still dealing with my 2012 resolution. It's kind of hard, you know. Ada la satu dua yang senang buat, dan Alhamdulillah berjalan lancar.

Bulan Januari punya hal dah settle, dan aku baru tau bukan senang prosedur nak kahwin. Banyak sangat benda kena buat. Tapi pelan-pelan boleh je settle kan. It's not for me though. My sis, once known as my kembo—padahal tak pon. Lepas ni takde dah la nak kembo-kembo, orang dah nak kahwin kan. Semoga berjalan lancar lah. Hari tu baru bertunang, InsyaAllah dalam tahun ni jugak ke jinjang pelamin, kepapkepap kebumkebum.

Yang lawak masa hari tu ramai yang ingat aku yang nak bertunang. Sebab muka kami dua macam lebih kurang sama la, bak kata orang tua-tua. Tapi kalau tengok betul-betul, takdenya sama pun. For the first time rasa penat sangat sampai tertidur petang tu sambil duduk. Sekali Widad Kamilah masuk suruh bangun. Bertuah punya budak.

Nampak sirih junjung tu? Yang boleh buat jadi macam tu sebab daun sirih banyak sangat, nak buang rugi pulak sebab daun elok-elok. So, kena habiskan jugak sebesen kecik tu.

Hujung tahun lepas aku pergi Penang. Tujuannya pergi kenduri, tapi dah alang-alang ke sana pergi la jalan-jalan. Yang tak boleh terima tu aku jumpa budak kelas aku masa dekat poli dulu. Well, aku bukan jenis bercakap sangat dalam kelas, so dia tak perasan kot. Malas nak tegur, laki pulak. Pikir balik maybe dia tinggal dekat situ jugak.

Balik dari kenduri tu, yang pergi ronda ikut jalan Balik Pulau. Dah la tengah pening kepala, naik jalan bengkang-bengkok. Nak muntah rasa. Tapi air terjun kat atas ni memang terbaik la, air dia jernih je walaupun dari dalam kereta pun nampak. Atas bukit la pulak kan, yang aku heran ada dusun kat bawah tu, tak takut ke diorang turun dengan kereta? Memang la ada jalan, tapi curam gila kot. Kalau bagi aku naik 4WD pun aku akan fikir banyak kali.

Half of Penang view

Half of Penang view. Mula-mula singgah sini, aku taktau la nama apa. Rasanya ni Balik Pulau, aku pun tak sure sebab dah lama pindah dari Penang. Sekadar pengunjung je sekali-sekala. Untuk yang nak tenangkan fikiran boleh la, orang pun tak ramai. Dalam 30 minit jugak dok sini. Lepas tu gerak pergi Taman Rama-rama. Sebab ada budak-budak tu, kena la bawak. Ikut aku, nak je ajak pergi dam and amik gambar. Best kot, just panas dan tak boleh masuk, damn! Haha.

Memandangkan hari tu Krismas, agak ramai orang. Ramai tak ramai masuk gak, tourist pon ramai. Banyak perubahan dibanding dari last time aku pergi dulu. Okay la, takde la rasa macam rugi even pergi kalo ke dua. Gift shop dia pon dah bertambah barang, tapi mahal babe. Ada yang murah cuma mata berkenan dengan yang mahal, haaa. Anak sedare aku beli dompet mengkuang, lawa tapi sebab aku baru beli purse malas nak beli dah. Owh, anak sedare aku yang dok Penang tu ikut. Saja la, adik-adik dia tak boleh la sebab kereta full. Abang ipar aku kerja, kalau tak boleh dah jalan-jalan sekali.

Selalu je aku sembang dengan budak ni, merangkumi perhubungan la selalunya, haha. Dan selalu jugak aku cakap nak keluar dengan dia, tapi disebabkan aku malas nak pergi Penang sorang-sorang, memang tak pernah la kami keluar. Itulah kisahnya.

Dah habis pusing-pusing taman ni, dalam sejam jugak abang aku ajak singgah Batu Feringghi. Tapi aku naik kereta dengan kembo, dia siap cakap kalau diorang taknak singgah kita je berhenti. Dah siap naik kereta, Firdaus boleh pulak menangis sebab nak amik gambar dengan patung dekat taman tu. Adik dia gelak je, adoii.

Kat Feringghi silap tak berhenti dekat pantai yang orang selalu pergi tu. Kami pergi berhenti dekat depan sikit, yang susahnya sebab takde tempat nak turun, tinggi betul. Dah la dengan mak, ibu, dan Kak Awin yang tengah pregnant tu. Last sekali diorang tunggu dekat atas je. Sebab kami main air pun tak lama, masa pun dah dekat pukul 7. Yang lawak Farhan boleh jatuh dalam air, nasib la tak masuk terus.

Ni cerita tahun lepas la, haha. Sampai sini je la.

January 09, 2012

Reading, Reflection, and Personal Growth


Assalamualaikum…

from tumblr

Hari-hari duduk rumah terasa otak macam dah beku. Semua yang dah belajar dulu mula hilang, macam lost dalam otak sendiri. Lepas tu mula rasa rendah diri, rasa loser, kenapa lembap sangat. Semua benda negatif datang. Konon nak motivate diri sendiri, mula tanam azam nak banyak tengok berita, banyak membaca, tapi semua tu azam je la. Aku suka membaca, tapi suka jugak nak skip bila tengah baca tu. Macam mana nak isi ilmu?

Other thing is, bahan bacaan sama je. Aku suka baca fakta, kajian, or true story. Tapi nak cari yang betul-betul kena dengan taste tu susah sangat. So tadi saje keluar pergi farmasi, then pergi kedai buku. Belek punya belek, aku jumpa Reader’s Digest. Aku fikir, kenapa la selama ni aku lupa buku ni. Dah lama sangat tak baca. Ingat lagi dulu awah abah selalu beli. Lepas dia stop beli, aku pun dah tak baca. Teruk kan? Kena orang sua baru nak ambik.

Nak beli buku mahal sangat. Well, untuk orang macam aku yang dapat duit poket je memang tak cukup. Lain la kalau aku bergaji, dah lama aku cari buku yang aku nak baca. Penuh dalam list, tapi harga tu aku tak mampu lagi. Selalunya aku baca blog, atau parts dari buku-buku dekat Tumblr. At least baca jugak kan. Most of the time, aku baca quotes je, sebab simple dan pendek. Tak payah la beli majalah bukan-bukan dah lepas ni, good job aisyah!

Tahun ni for the first time aku buat wishlist. Aku fikir jugak nak buat ke tak, end up buat jugak. Just a simple one. Aku rasa semua benda senang je, tapi kena tengok keazaman diri jugak. Setakat tulis nak buat apa memang boleh, tapi nak fulfill tu depends dengan diri sendiri. Ada 10, tapi ada jugak yang akan aku bawak tahun depan. Kalau dapat penuhi semua Alhamdulillah, kalau tak, cuba lagi. Ye dak?

"There’s nothing wrong with reading a book you love over and over. When you do, the words get inside you, become a part of you in a way that words in a book you’ve read only once can’t."
— Gail Carron Levine

Well, I think this is true. Bukti yang kukuh? Aku la. Disebabkan tak mampu nak beli buku selalu, aku akan baca buku yang sama banyak kali. Selalunya masa boring, sampai kadang-kadang dah tau apa yang jadi dalam bab tu. Dialog watak pun aku ingat, tambah-tambah part yang aku suka. Time sekolah dulu ada la aku dapat hadiah dari teacher, satu buku. Mula-mula tak nak baca, tapi bila try baca best pulak, terus kalau pergi kedai buku cari buku penulis tu dulu. Tapi tengok je la sebab lari bajet, so beli yang murah je.

Apa-apa pun, tahun ni banyak benda yang akan berlaku dalam family aku. Harap semua berjalan lancar. Amin~

p/s: Happy bila tengok kawan sendiri berjaya. Just kecewa dengan diri yang tak mampu dapat macam orang lain. Usaha lagi!

January 01, 2012

Reflections on 2011: Lessons in Friendship and Life


Assalamualaikum…

2011 bagi aku bukanlah tahun yang senang. Banyak benda jadi, tak macam tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni mungkin nasib tak menyebelahi aku, semua benda yang aku buat banyak yang tak menjadi. “Gagal” dah jadi satu perkataan yang biasa aku dengar. Malu bukan kepalang bila kena marah depan orang ramai, tapi satu yang aku belajar dari situ: friendship.

Sungguh aku syukur ada kawan-kawan yang sokong dari belakang, saling sedapkan hati masing-masing. Kawan yang rasa sakit bila kita susah. Kawan yang jadi tempat luah perasaan. Kawan yang terima buruk baik diri ini. Bukanlah aku tak ada keluarga, tapi hal-hal macam ni lebih baik tak bebankan diorang, kan?

Satu benda lagi, aku hilang insan yang selama ini nak tengok berjayanya anak dia. Dulu aku selalu anggap semua yang dia nak sebagai beban. Kenapa aku tak orang lain? Bila hilang baru lah aku tau, sebenarnya itulah dorongan aku selama ni. Kenapa lah aku tak sedar dari dulu, kan?

Tapi semua tu dah lepas, dah tak boleh putar balik pun. Masa belajar bukan saja aku dapat ilmu yang aku nak tapi dapat pengalaman hidup juga. Kenal macam-macam orang. Tapi tak semuanya pengalaman sedih, ada je yang bahagia dan gembira. Biarlah aku tutup buku 2011 dengan semua pengajaran berguna dan buka buku baru. Tapi tak salah kalau nak buka balik, bukan untuk menyesal tapi untuk dijadikan panduan.

"And once the storm is over, you won't remember how you made it through, how you managed to survive. You won't even be sure, in fact whether the storm is really over. But one thing is certain, when you come out of the storm you won't be the same person who walked in. That's what this storm is all about."
— Haruki Murakami (Kafka On The Shore)

p/s: Have a nice day for your new day :)

Between Peaks and Pain: My Journey 2016–2019

Assalamualaikum wbt, Hi! I was supposed to update this yesterday after work, but I ended up spending time with my cats. So… here we go. Look...